kecoh kecoh kecoh
9 julai jadi tarikh yang begitu penting
satu bagi pihak kerajaan
satu bagi pihak pakatan rakyat
banyak soalan yg boley ditimbolkan dari sikap kerajaan yang seboleh bolehnya nak menghalang program ni dari dilaksanakan
padehal pakata rakyat dah plan sume mende ni lbey 3 tahun after kejayaan bersih pada 2007
soalan nya kenapa kerajaan nak perang habes2an perhimpunan ni??
bukannye kita nak buat macam kat luar negara siap mendesak kerajaan undor
n mnggulingkan kerajaan??tidakk!! ini bukan matlamat bersih
matlamat bersih cuma MENUNTUT satu pilihanraya yang adil di atas padang yang sama rata setelah melihat kegagalan SPR dalam pilihanraya terdahulu yang jelas2 nya memihak kepada kerajaan dalam segala perkara
Soalan kedua kenapa nak berhimpun???xboleh kah berbincang??
kalo puak2 pembangkang dgr soalan ni mmg gelak abes..nak bincang macam mane abes dah sume mende kite xboleh,nak keluar berita jangan harap,nak keluar tv jangan harap,nak bloging kene tangkap,nak ape lagi???kalo kuar kat TV or paper sume stok yang burok2 je..apa lagi cara yang boleh??
ni la medium yang ade internet n sgala blog yg mnceritakan kebenjatan politik,ekonomi,sosial,dan segala2 nya yang terselindong disebalik kata2 manis menteri di dada akhbar mahupon di buletin2 utama tv3 rtm yang jelas hanya gula2 ntok menyedapkan hati rakyat
tetapi keadaan yang berlaku sebaliknya kata ekonomi ok,tapi harge minyak naik,gula naik sume barang naik,kata kerajaan mngaut keuntungan bersih,kata FELDA untong tapi kenapa pinjam 6bilion KWSP,cakap negara berkebajikan,tapi hak2 rakyat xdibagi subsidi ditarik..siape yang xnampak sume mende ni???jelas sangat
tu xpayah la nak cerita rasuah yang berbilion2 ringgit,penyelewengan,pakai duet rakyat ntok urusan peribadi n macam2 skandal termasok penyalahgunaan agensi2 kerajaan yang sepatotnye bertindak scara bebas tetapi nampk memihak kepada kerajaan
insitusi kehakiman,polis,tentera,BTN,KEMAS termasok JAKIM atau segala ape2 pon badan2 kerajaan digunakan untok memastikan survival politik mereka..isu pembunuhan sarbini,tang beng hock,n banyak lagi kes pembunuhan oleh pihak polis merosakkan imej badan polis walhal polis malaysia tergolong anatara polis terbaek didunia dari segi kemahiran teknikal nya ettapi disalahgunakan
yang jelas rakyat teros diperbodohkan dengan segale bentok penindasan,dasar2 dan berita2 yang hanya manis didengar,tetapi realiti nya penoh dengan tipu daya,BUKTINYA ade n banyak cume mustahil akan keluar berita sebegini di dada akhbar mahupon buletin utama tv3 rtm,bape banyak kes saman FELDA yang dibawa ke mahkamah ntok mnuntot hak mereka dan akhirnya dah 5 kes menang yang mnjokkan memang terdapat penipuan dalam soal beli sawit..aiyoo makcik2 felda pon ko nak tipoo ke??tapi yg best dorang menang berjuta2 ringgit tu..hahha..tu xmasok lagi cerita2 kes rasuah n yg bestnye sbb dah tau sistem kehakiman n SPRM kite xtelos,pakar dari luar sendiri yang menyiasat terkini soal penyelewengan dlm soal jual beli scorphene yg dihandle oleh mahkamah perancis n harta TAIb mahmud yang diminta untok dibekukan oleh kerajaan switzerland berita2 salahlaku menteri dan kemenangan rakyat melawan kerajaan ini tak mungkin diceritakan
yang ada kat paper n berita kat tv tu juz citer2 oh menteri lawat kampong ni,menteri buat jalan,buat dewan,pastu cakap kite menjaga kebajikan rakyat,tolong orang susah..BUKANKAH ITU MEMANG TANGGUNGJAWAB KERAJAAN??n menyedapkan hati rakyat..rakyat perlu tahu perkara sebenar yang dialami kerajaan..kalo yg ade access internet boley la nk bace sume2 ni,so cmne dgn org yg xde..mmg dok bace UTUSAN,BERITA HARIAN n tgk RTM je la so xtau ape yg berlaku sbenarnya
SOALAN KENAPA XBOLEH BERHIMPUN???sape kate xboleh berhimpon,jelas dalam perlembagaan negara rakyat boleh berhimpon secara aman untok membuat sebarang bantahan kepada keputusan kerajaan ataupon menunjokkan ketidakpuas hatian ntok satu2 isu,ini jelas ada dalam perlembagaan..DAN cuba kite refresh bape banyak demonstrasi yang pernah dibuat ??
banyak kan??demontrasi untok PALESTIN,demontrasi bantah harga minyak,demontrasi mintak hak2 raja2 melayu,macam2 la lagi n lagi sepcial kalo demo2 ni dianjorkan oleh UMNO,BN,MCA n MIC n yang paleng terer kononya PERKASA sume dapat permit,polis xkacau n dapat liputan akhbar
TAPIII kenapa kalau pembangkang atau rakyat nak buat ianya dihalang??bukankah sepatotnye hak rakyat same je xkire pembangkang ke kerajaan ke..berhimpon sekadar ntok mnunjokkn ketidakpuas atian dan mnyerahkan memorondum kepada YAng di pertuan agong
SOALAN ade ke demontrasi yang aman???? demontrasi sepatotnye berjalan secara aman,berhimpon,membawa spandok,kaen rentang dan mikrofon dan berjalan dengan kawalan unit2 khas badan masing2 ataupon dengan bantuan polis..sekiranya polis memberikan kerjasama perhimpunan ini akan lebih mudah dengan mengawal laulintas dan trafik
TAPIII laennye dengan kerajaan yang mengerah seluroh polis dan sekarang meminta bantuan tentera untok menghalang perhimpunan ini..kalau lah dah diketok dah dipukol dengan cota,ditumbok,ditembak dengan air dan gas pemedih mata,agak2 boleh ke dorang pasrah dan redha je??comfirm2 la akan melawan..n xpayah cerita la macam mane polis FRU n terntera ni belasah peserta perhimpunan kalau xcaye tengok la youtube type bersih ataupon reformasi pukol tanpe belas kasihan macam pukol anjeng tau x
SOALAN kecoh jalan tutop so akan jejaskan ekonomi terutama peniage2 di kuala lumpur,pemandu teksi dan mnyebabkan kesesakan jalanlintas..OK nak tanye sebelom ni jalan2 kat KL tu xpernah tutop ke??hampir setiap minggu ade je event2 kat KL yg memaksa jalan2 di KL n kawasan sekitar ditutop..xpernah pon nak bangkitkan isu ni
lagipon kalau dah beratos ribu orang datang berhimpon fikir sket la pakcik2 n makcik2 menteri xkan dorang xbawak duet poket,sah2 paleng kurang sorang bwak 100 engget nak beli air ke makanan ke sah2 peniaga gak untong,dari segi transport kalau seluroh negara datang kl nk berhimpon,bape banyak petrol dorang pakai??bape banyak duet tol PLUS boleh kutip??pastu dh smpi KL naek public transport teksi LRT MONORAIL..sape gak untong..tu pon xbole pk ke??aiyooo
ape2 pon semua berhak menyuarakan pandagan maseng2 n aku pilih ntok menyokong pakatan rakyat disebabkan terlalu banyak muslihat,ketidak adilan,kerakusan,rompak harta rakyat,dan segala2 nye yang membuat aku mahu bersuara untuk semua ini dan suara aku ni akan kuterjemahkan dalam pilihanraya 13 nnti
1 comment:
takut pulak nak balik malaysia haha
kerajaan makin hancur patut dah kurang sambutan dia kena amek kaedah amek hati rakyat bukan bebankan rakyat.tapi tapi pakatan rakyat kalau pegang negara sapa yg bakal jadi pm sbb sume parti dalam pakatan rakyat ade misi n objektif berbeza antara satu sama lain.pas dan dap xmungkin akan "sekepala" dan pkr pula lebih kepada kepentingan dorang.bagus untuk dorang membetulkan negara tapi siapa yg untuk terajui negara?hmm politik malaysia makin teruk.kerajaan makin teruk,pembangkang pulak masih diragui kewibawaan die.sng cte nihong la jadi pm!haha
Post a Comment