Wednesday, August 3, 2011

salam ramadhan

rasenye belom terlambat untuk mengucapkan salam ramadhan kepada seluruh umat islam didunia

ramadhan sebuah bulan yang pernoh berkat diturunkan di dalamnya alquran difardhukan puasa keatas umat islam secara amnya dan orang mukmin secara khasnya melaui firman ALLAH telah difardhukan puasa keatas kamu seperti mana yg telah difardhukan kepada umat terdahulu mudah2an kamu bertaqwa selaen dikurniakan lailatulqadar malam yg lebih baek dari seribu bulan

bulan yang pahalanya kita tidak ketahui ALLAH bebas bagi seberapa banyak pahala kepada hamba2 nya yang benar2 ikhlas mengharapkan keredhaanya ibadah sunat dikira fardhu ibadah fardhu diganda2kan pahala nya

bulan yang ALLAH janjikan yang awalnya rahmat di pertengahannya keampunan dan pengakhirannya pembebasan dari api neraka hadith Rasulluallah yang lebih kurang maknanya celakalah orang yang keluar dari ramadhan tetapi tidak mendapat keampuanan ALLAH

berbanyaklah beristighfar dan berdoa memohon keampunan ALLAH atas segala dosa2 yang kita lakukan sama ada kita sedar atau tidak yang sengaja atau tidak terutama di bulan ini

justeru marilah kita same2 merebut segala ganjaran,rahmat dan keberkatan yang ALLAH janjikan kepada kita sempena bulan ramahdan ini.yang penting lebih baik dari ramadhan2 yang lepas kerana kita tidak pasti adakah kita berkesempatan bertemu ramadhan pada tahun hadapan

sama2 kita meningkatkan amalan,berpuasa dan menjaga perkara2 yg membatalkan pahala puasa menjaga hati perkataan penglihatan.memperbanyakkan zikir,solat2 sunat,bertadarus alquran insyaallah samapi khatam n kalo boleh bertadabbur sekali makna ayat,disamping bertahajud di tengah malam selain ibadah2 am lain seperti belajar bekerja dan sebagainya

n cuba sebaek2 nya untuk tidak meninggalkan taraweh kerana istimewanya taraweh cuma ada di bulan ramadhan..tidak salah tinggalkan tetapi diumpamakan duet berbilion2 ringgit depan mata tetapi kita tidak ambil itu perumpamaan yg meninggalkan taraweh

selaen hikmah sahor ialah mengikut sunnah rasulluallah,istimewanya sahur ni sebab dye panceng dengan makanan,manusia ni sanggop buat ape2 ntok duet dan makanan,so sanggop bangon malam ntok makan,so yang cantek nya kalo alang2 dah bangon tu kita mulakan dengan solat sunat 2 rakaat dulu..kan molek tu dapat pahal qiam,nak buat bulan laen susah n liat sangat..

No comments: