Thursday, May 19, 2011

syukur

alang2 tengah fresh lagi baru balik dgr khutbah ni..
saye pon nak berkhutbah kat blog ni
nak naek mimbar tu entah bile laa dapat
ahahha terengat time skolah agama pertandingan bace khutbah

ITTAQULLAH AHAQQOTUQOTIH WALATAMUTUNNA ILLA WAANTUM MUSLIMUN!!!!!!
aaa cmni la lebey kurang khatib akan menyeru hadirin supaya bertaqwa la dengan sebenar2 taqwa dan jangan kamu mati melainkan kamu dalam keadaan beriman

ayat yg biase dengar pasal syukur ialah yg bermaksud sesungguhnya apabila kamu bersyukur,akan AKU tambah kan keatas kamu dan jika kamu kufur ingatlah azab tuhan sangat pedih

cakaplah apa sahaja yang ada pada kita semuanya nikmat dan rahmat ALLAH dan yang paling penting kita dikurniakan dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat ISLAM dan IMAN.

dari proses persenyawaan lagi dah dapat nikmat,terpilih dikalangan yang terbaik untuk menjadi hamba ALLAH,dijaga sebaik mungkin semasa dalam kandungan,dapat segala nutrient,darah dan zat dari ibu,oxygen segala

kemudian kita lahir sebatang kara di dunia yang penoh warna warni
dilahirkan sempurna sifat,disambut dengan penuh gembira,diberi kasih sayang minum makan,baju pakai

semakin dewasa,nikmat kecerdikan,nimat sehat tubuh badan,nikmat kejayaan,nikmat segala kelebihan yang kita ada,menyanyi,bersukan,sume2 la ape yang ade disekeliling kita sume nye nikmat dan kasih sayang ALLAH ibu bapa,kawan2 sedare mare,cikgu,pokok2,angin,udara,hatta nikmat kentut,nikmat buang air pon nikmat yang dan kasih sayang ALLAH pada kita

dan ALLAH berfirman dalam surah arrahman maka engkau katakanlah pada aku,nikmat mana yang hendak kamu dustakan??kalau segala nikmat segala rahmat dan kasih sayang ALLAH pada kita kita dustakan dengan menjadi hamba yang tidak bersyukur..teroknya kita!!!

bayangkan segala apa yang ada pada kita tubuh badan,lengkap tubuh badan,otak pandai,sihat,duet banyak,keluarga bahagia,kawan ramai,semua nya ada pada kita,tetapi kita tidak menjalankan perintah ALLAH tetapi melakukan larangan-NYA..x malu kah kita dengan TUHAN??

tetapi dengan sifat maha KAYA ALLAH swt,ALLAH bagi sahaja malah ALLAH siap cakap lagi mintaklah ape2 sahaja pada AKU nescaya aku perkenankan.sedikit pon tidak terjejas ALLAH kalau kita tidak bersyukur dan tidak melakukan perintahnya,tetapi bagaimana dengan kita??

ibarat lagu mirwana tanpa cintaku tetaplh ENGKAU disana,aku tampa cintaMU ibarat layang2 terputus talinya..xkanla bila ALLAH tarik semua nikmat yang diberi pada kita baru kita nak tersedar??dari sihat sakit,dari kaya jadi kedana,ibu ayah emak kawan2 isteri yang kita sayang ALLAH tarik..xkan dah sampai macam tu baru kita nak tersedar??

justeru saya mengingatkan diri saya dan kawan2 supaya kita melakukan perintah ALLAH dan meninggalkan larangannya sebagai tanda kita berterima kasih terhadap nikmat ALLAH sebab kita xmampu nak bayar segala nikmat..kalau ALLAH charge satu kali sedut oxygen 1sen sekalipon,sumpah orang yang paling kaya didunia pon xmampu nak bayar,ape yang kita mampu buat ialah patuh kepada perintahNYA kerana kita hanya hambaNYA.

dan berdoa agar kita same2 tergolong dikalangan hamba2 yang bersyukur dan bertaqwa kepadaNYA.amin

No comments: