Kita hidup makin hari makin tua,rambut makin beruban, dosa makin banyak ,tapi sedar tak kita bahawa umur yang semakin meningkat ni menandakan betapa semakin jauhnya jarak antara kita dengan zaman Rasulullah S.A.W. ?
Pernah tak kita rasa rindu kepada baginda? Selalunya perasaan rindu ni wujud bila kita ditinggalkan oleh orang yang rapat dengan kita. Tapi bagaimana dengan Rasul junjungan yang tak pernah kita jumpa mahupun melihat mukanya , sedangkan kita tahu betapa mulianya Baginda di sisi Allah S.W.T. . Senang cerita la, selalu kita cakap ‘I miss you’ dekat siapa? Tak perlu la cakap siapa , memang geli orang lain nak dengar. Tapi , itulah hakikatnya. Adakah korang selalu cakap ‘I miss you’ dekat Rasulullah S.A.W. atau paling kurang mempunyai perasaan macam tu terhadap Baginda ? Tak salahkan kita merindui seorang pemimpin dan pejuang yang sebenarnya menjadi pengasas kepada kehidupan yang kita jalani sekarang ?
Tapi bagaimana kita nak memupuk rasa rindu tu?
Tentu korang semua tahu kan , dua khazanah yang sangat penting ditinggalkan Rasulullah S.A.W. iaitu Al-Quran dan sunnah. Kalau korang masih berpegang pada dua khazanah ni , insyaAllah hidup korang mesti bahagia dunia dan akhirat. Bagi umat yang lemah imannya macam saya ni , baca Al-Quran je memang tak cukup. Oleh itu , sebagai umat yang taat , kita harus mengamalkan sunnah – sunnah baginda. Ini bermakna , kita jadikan Baginda sebagai teladan dan penunjuk dalam apa jua kita lakukan dalam kehidupan seharian.
Selain tu , kita juga kene pupuk perasaan cinta kepada Rasulullah S.A.W. . Korang tahu tak , tidak sampai cinta seseorang itu kepada Allah S.W.T. kecuali melalui cinta kepada pesuruh-Nya , Nabi Muhammad S.A.W. .

Ada satu kisah ni , Rasulullah S.A.W. berkumpul dalam satu majlis dengan para sahabat, tiba-tiba air mata Baginda mengalir. Semua sahabat pun gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah S.A.W. . Lalu Saidina Abu Bakar R.A. menghampiri Baginda dan bertanya, ‘Apakah yang menyebabkan kau menitiskan airmata ? Lalu Baginda pun jawab bahawa Baginda terlalu merindui ikhwannya. Saidina Abu Bakar pun tanya balik, 'Bukankah kami ini ikhwanmu? Baginda Rasulullah S.A.W. menjawab 'Tidak, Abu Bakar, kamu semua adalah sahabat2ku'. Lalu Baginda Rasulullah S.A.W. menyambung lagi , 'Ikhwanku adalah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku dan mereka mencintai aku melebihi anak dan orang tua mereka. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman dengan aku. Dan berbahagialah tujuh kali ganda orang-orang yang beriman dengan aku tapi tidak pernah berjumpa dengan aku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka.'
Hebatkan rindu Rasulullah tu. Tapi cuba korang tengok kat dunia sekarang , terutamanya pemimpin– pemimpin Islam. Adakah mereka mencontohi kepimpinan Rasulullah S.A.W. yang sanggup mengorbankan apa saja untuk membela rakyatnya sendiri? Revolusi di Egypt baru – baru ini
menunjukkan betapa mendalamnya dendam rakyat sehingga mereka bangkit menentang pemimpin mereka sendiri. Banyak lagi huru – hara yang berlaku seperti di Iraq , Afghanistan , Palestin di mana umat Islam merana disebabkan kelemahan pemimpin – pemimpin itu sendiri. Malah pemimpin-pemimpin kita di sini pun masih bertelagah dan tidak sehaluan. Tapi ni semua telah diduga oleh Baginda Rasulullah S.A.W. sendiri dan memang sukar untuk dielakkan. Ternyata dunia ni amat merindui zaman kepimpinan Rasulullah S.A.W. .

Tentu korang semua tahu , di saat Baginda Rasulullah S.A.W. didatangi malaikat Izrail , keperitan yang dirasai amatlah pedih sehinggakan Baginda berkata , ‘Ya Allah , sangat dahsyat maut ini , timpakanlah saja semuanya pada aku , dan janganlah pada umatku’. Ketika itu , Rasulullah S.A.W. sudah tidak dapat bergerak dan Baginda memanggil Saidina Ali R.A. lalu berkata , ‘Peliharalah solat dan peliharalah orang– orang yang lemah di antara kamu’. Dan sebelum Baginda menghembuskan nafas terakhir , Baginda menyambung berkata , ‘umatku,umatku,umatku’ dan lepas tu berakhirlah riwayat pesuruh Allah S.W.T yang terakhir , Nabi Muhammad S.A.W. dan menangis satu Tanah Arab ketika itu .
Lihatlah betapa sayangnya Rasul kepada kita kan , sampai nak meninggalkan dunia pun masih ingat kepada umatnya. Kini , mampu tak korang yang membaca ni berperasaan sedemikian ? Sempena Maulidur Rasul ni , marilah kita sama - sama mengingati Baginda Rasulullah S.A.W. dan muhasabah diri kita yang lemah ni. Mengakulah yang kita ni amat merindui Rasulullah S.A.W. dan memerlukan pertolongannya. Selamat menyambut Maulid Nabi.
p/s-ingat lagi kalau ustaz/ustazah tanya nama-nama nabi,mesti sebut dengan nyanyi lagu raihan nama2 nabi tu.
No comments:
Post a Comment